Friday, January 19, 2018

Adam kena chickenpox @ cacar air



Cuti sekolah bulan 12 haritu kena. Berjangkit dari sepupu kat Kedah rasanya masa balik kampung sebelum tu.
Hujung tahun banyak dah amik cuti - adik aku kawen dan Adam pulak kena chickenpox. Total unpaid leave untuk 2017 adalah 12 hari. Kehkeh.

Cuti sekolah memang duduk rumah pengasuh je. Jumaat tu Adam ada cakap kat perut dia gatal dan dia dah garu sampai berdarah. Aku ingatkan gatal sebab kena gigit semut atau nyamuk je.

Tergerak hati nak tengok. Selak baju je tengok biji tu lain macam.
Pegang kepala dah rasa panas. Demam. Aku syak chickenpox dah tu. Terus suruh daddy dia beli air kelapa kat kedai depan. Pukul 10 dah nasib kedai buka lagi.

Adam dah start baring lemah je. Minum air kelapa sebiji terus baring. Adam memang suka air kelapa. Beli sebiji tak cukup dia kata sedap nak lagi.

Esoknya Sabtu ada kenduri kat Muar. Pikir nak balik ke tak. Tengok condition Adam macam ok je. Aktif dah. Sampai Muar pegi klinik Puteri. Dapat ubat ni semua.


L-R : Ubat tahan gatal - calamine lotion - ubat demam. Yang depan tu ubat antiviral. 


Aku jaga 3 hari, daddy jaga 3 hari. Pandai jugak daddy jaga Adam, dia rajin sapu lotion tu rajin mandikan Adam. Tu Adam cepat baik. 

Rutin harian jaga Adam :
1. Minum air kelapa 3 hari berturut. Cepat je keluar semua biji tu.
2. Kerap mandikan bagi dia selesa. Lap badan bagi kering.
3. Sapu calamine lotion kat tempat kena.
4. Makan ubat klinik ni sampai habis. Kecuali ubat demam, sampai hari kedua je makan sebab dah tak demam.
5. Makan makanan berkhasiat. Takde pantang. Udang sotong ayam semua bedal. Elak makanan berminyak dan pedas je. Sebab kat dalam mulut pun ada biji. Adam suka bubur dan bihun sup.
6. Lepak kat rumah je buat aktiviti main Lego,melukis, mewarna, baca buku, tengok tv. Keluar rumah paling jauh kat koridor je. Hihi.

Tidur malam ada yang suruh lapik daun mambu tu tapi aku malas nak cari. Lagipun Adam ok je tidur takde garu2. Nyenyak je.

Bedak daun mambu ada jugak beli tapi pakai sikit je sebab Adam tak suka bau dan jenis bedak ni bila kering dia cepat hilang. Calamine lotion tu lagi baik sebab tak melekat tempat lain. Betul2 absorb kat tempat biji tu.




 


Alhamdulillah Adam cepat baik. Seminggu dah kering semua. Tinggal parut jugak la. Kat muka pun ada parut lubang. Sapu bio-oil je hari2 tapi tak nampak kesan sangat.

Mak pak dia dah pernah kena chickenpox masa kecik. Harap takkan kena lagi dah nanti sebab dah dapat immuniti. Hehe.