Friday, August 22, 2014

MH17 : Hari Berkabung Malaysia 22.08.2014

Salam Jumaat.

Sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa MH17 yang beragama Islam (serta keluarga kita yang telah tiada dan saudara Islam kita).

Salam takziah juga untuk keluarga mangsa MH17..
Semoga mereka diberi ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang mendatang...

Semalam ofis aku ada buat jamuan raya lepas waktu bekerja..pukul 6pm camtu..
Macam biasa mestila ada makanan raya kan tapi gambarnya belum transfer lagi dari kamera orang.. haha.. biasa la pakai henfon cikai kena la cilok kamera orang je..
Ada nasi impit, kuah lodeh, rendang ayam, kuah kacang, nasi goreng, bihun goreng, bubur kacang, kuih muih dan banyak lagi la..
Makan pun lelaju je sebab hasben dah tunggu kat luar nak balik.. Start jamuan pun dah 6.30pm janji dengan hasben amik pukul 7.00pm.. nak tercekik rasa makan lelaju...tak feel jamuan raya langsung..haha..

Sebenarnya our boss ni antara keluarga mangsa MH17 tu.. Tapi untuk flight yang bawak jenazah harini takde akak dan abang ipar dia..
Sebelum makan tu, Mr.Ruben ada bagitau yang family in law akak dia nak bawak ke Belanda dulu untuk prayers dan lepas tu baru bawak balik Malaysia untuk dikebumikan kat sini..

Sedih.. sebak..aku rasa time tu.. Akak dia pernah masuk Mari Menari Astro tu dulu.. yang menari dengan ayah dia dalam rancangan tu..
Lagi sedih ada baby yang baru setahun kira anak buah our boss la.. akak dia bawak balik Belanda untuk tunjukkan kat family in law..huhu...

His sister with family

Apepun, kita yang masih hidup ni mesti kuatkan semangat dan jangan lupa pada pencipta kita..Allah s.w.t..
Kurangkan hiburan, tingkatkan amalan...

Notakecik : Harini satu ofis pakai hitam...

No comments:

Post a Comment