Sunday, August 31, 2014

Susun Atur Ruang Rumah : Tips sembunyikan wayar TV

Hai..

Ni entry pertama pasal susun atur..hihi.. Aku tak pandai sangat nak deko2 ke nak susun2 bagi cantik kemas memang aku takde skill.. Sekadar bagi nampak elok dimata aku dah kira okay la..

Dulu masa Adam kecik umur setahun 2bulan camtu dia suka memanjat kabinet tv tu tarik2 wayar ape yang ada depan mata dia.. Aku ni risau dibuatnye sebab nak kena pantau selalu.. Dari tv letak atas kabinet tu aku alih gantung pulak kat dinding dengan harapan dia tak kacau lagi tv n segala wayar tu.. tapi tetap sama jugak.. Lagi advance ade la budak kecik tu..

Aku decide dengan hasben beli tv baru n install sekali gantung kat dinding sebab tv lama tu dah rosak..mungkin sebab Adam selalu ketuk2 kat screen tv tu.. Panel dah rosak..jadi pekasam jela..huhu..sayangnye tu tv pertama masa lepas kahwin.. Bertahan dalam 3tahun.. Takde idea ape nak buat dengan tv lama tu..

Bila dah gantung. ade wayar yang terjulur ke bawah tu buat aku rasa sakit je mata ni tengok.. Terus google cara nak sembunyikan wayar tu..dapat idea.. Beli wire casing! Cari kat Daiso jumpa benda ni.. RM5 je untuk 2pcs.. Beli dua terus senang sebab tak ingat berapa wayar nak kena tutup..

Senang je nak pasangnya..kat belakang casing tu ade double sided tape lekat je kat dinding, masukkan wayar n terus tutup bahagian atas tu..

Satu casing hanya muat satu wayar sahaja. 

Sebelah kanan pun ada lagi satu wayar. Masukkan jugak. 

Taraaa dah siap! Nampak lebih organize n selamat for kids..
Abaikan dinding yang tak sekata tu ye. Hehe. 

SEBELUM

SELEPAS

Okay dah bole tengok upin ipin dengan senang hati..Ummi suka Adam pun gembira..yeay!

No comments:

Post a Comment