Wednesday, September 3, 2014

SusunAtur Ruang Rumah : Pantry 'Merdeka' ku.

Hai.

Pantry Merdeka ni dah letak dulu kat group susunatur haritu. Eksaited sangat sampai tak nyempat nak update kat blog.

Thanks pada semua ahli group yang ada bagi cadangan, idea dan kongsi pasal susunatur ni.

Sebelum tu pun kat rumah dah pernah bincang dengan hasben. Dia ada cakap nak belikan rak dapur baru untuk aku sebab kesian katanya aku duk susun barang pakai rak buku je. Dah itu je rak yang ade kan. Aku guna jela. Nak beli tapi bajet takdak la pulak. Lagipun aku ni berkira kira sikit kalau kena pakai duit sendiri. Saiyang. Haha.

Dia cakap kalau dapat range harga dalam 150-200 tu dia boleh la belikan. So aku pun mula mencari cari jugak kedai mana yang ade jual rak pantry ni. Dah gi tengok kat kedai perabot area Sg.Besi tapi mahalnye la dalam RM200 camtu. Tu pun boleh kurang sampai RM180 je. Takpe kita survey lagi mana tau dapat yang lagi murah ke. Nak membeli ni kena survey habes dulu. Jangan gopoh sangat.

Sehari sebelum merdeka tu saje la gi jenjalan kat Tesco. Lagipun nak beli diapers Adam jugak. Kebetulan ade merdeka sales. Harga memang betol2 murah giler. Ape lagi mengelupur la aku kat situ (percaya ke?). Aku buat2 cool bila tengok rak ni. Hasben pulak yang eksaited suh amik.

Rak 5 tingkat

Dimension

Sampai je rumah terus pasang. Gigih hasbenku memasang bendalah ni. Nasib baik senang je. Tapi kena pegang dua orang jugak untuk dirikan tiang tu.


View dari depan. Perghh label bekas sebesar alam. Dari jauh boleh nampak. Khas untuk orang rabun. 

View dari tepi

Boleh la letak microwave aku tu. Sebelum ni letak atas rak biasa sampai melendut jadinya. 2 tahun duk situ mana tak melendut.



Abaikan susunan barang2 kat situ ye. Aku main letak je. Bercampur campur dengan tin biskut dengan susu Adam lagi. Coffee 3in 1 la semua aku bantai letak sekali. Janji senang amik. Hehe.



Ni pun banyak kekurangan lagi. Nak kena menyoping bakul/bekas2 untuk 'rumah'kan barang2 tu ikut jenis. Baru nampak teratur sikit. Tu nanti2 la aku buat entry baru pulak bila dah siap nanti. Tak tau la bilaaa...

3 comments:

  1. Sy pun guna rak utk letak brg2 kering utk msk..
    Brk susun dlm bakul warna yg sama..
    Nmpk lg tsusun..
    Rak 5 tgkt ni byk blh jimatkn ruang kan..bagus idea ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula tengah kumpul duit beli bakul pulak.. tak sabar..hehe..

      Delete
  2. kemas sangat... praktikal sebab luas dan besar... skrang ngan popular sangat rak ni.. teringin nak beli tapi dah tak tau mana nak letak..agagaga..main teringin2 jer yer..

    ReplyDelete