Wednesday, February 18, 2015

Tahun Kambing

Hai.

Lemau betol datang keje harini. iyela esok da cuti.. 4 hari stret pulak tu.. Aku dalam kepala ni teringat la satay kat Muar tu.. Lagi mee bandung, laksa johor, rojak petis, cendol..alahaiiii...cepatla nak balik Muar esok ni..Tak menyabo..haha..

Dulu masa mula2 kawen aku heran bila balik kampung mentua laki ku bawak gi makan satay pagi2..brekfes..alahaiii takleh terima tekak aku makan satay pagi2..




Padahal aku orang Kedah okay je makan berat pagi2..kehkeh.. Mungkin sebab aku dah set dalam palotak ni satay tu orang makan petang or malam.. bila dah dapat gaji ke, masa nak sambut birthday ke.. Eh bole pulak camtu.. hihi.. Inikan pulak buat brekfes.. hayyyaa...

Lama2 dah jadi biasa suka pulak aku makan satay pagi2.. Asal balik Muar je mesti aku ngajak laki gi makan satay.. Kemaruk pulak.. Tambah2 satay kambing.. terliurnya...

Gambar Google

Ni nak balik esok aku dah google siap2 tempat makan best yang aku tak pernah try lagi..
Tengok kat fanpage Jalan Jalan Cari Makan TV3 yang diorang buat kat Muar dulu tu.. perghhh... perghhh... sedapnya tengok..

Antara tempat makan best aku nak gi nanti..

Mee Bandung Abu Bakar Hanipah
694, jalan Abdullah, 84000 muar johor
0122642720

Ban Satay
G-18 kompleks hentian bas dan teksi maharani, jalan maharani 84000 muar johor
0133030900

Restoran Hj. Othman Koming
Gerai 10 tanjung emas, 84000 muar johor.
0176054855
Sebelum ni pernah try satay kat deret kedai mee bandung area situ.. sedap jugak.. banyak kedai satay sebenarnya kat Muar tu tengok yang ramai orang je kita singgah la.. mesti sedap..

Untuk area Batu Pahat ada jugak makanan best.. 

Nasi Ayam Rengit
No.1 Taman Rengit Jaya,
Rengit 83100 Batu Pahat Johor.

Restoran Beriani Power
18, Jalan tukas 2, Taman Soga,83000 Batu Pahat johor

Mee Racun Batu Pahat
No.2, Jln. Timah Sari, Kg. Kenangan Dato Onn 1, 83000 Batu Pahat,Johor.
Cuti ni alang2 da balik Muar nak bawak Adam gi Zoo Melaka.. Dia kan suka sangat dengan animal.. Bila dah gi Melaka tu nak pekena coconut shake kat Batu Berendam pulak.. Kat Klebang pernah dah rasa..







Kat ofis ni pun dah tinggal berapa kerat je yang datang.. Mood cuti semua daa... Hari2 melantak limau kat ofis sampai pagi2 asyik memerut je..hihi.. bau limau da satu ofis.. Tahun Baru Cina tahun ni tahun kambing.. so boleh la nak makan satay kambing banyak2.. kot2 ada 'Ong' ke... Makan bole percaya jangan..haha..
" Selamat Tahun Baru Cina..Gong Xi Fa Chai!" mmbekk..mmbekkk... 

No comments:

Post a Comment