Thursday, December 1, 2016

#throwback Bajet Perkahwinan Tahun 2010

Assalamualaikum.

Rajin sikit harini belek2 fail lama dahulu kala terjumpa la perancangan aku masa nak kawen dulu..kehkeh.. Tengok balik nak tergelak je.. Tak sangka aku begitu teliti buat semua tu..haha..

Sekarang ni nak plan apepun aku jadi malas da.. Tengok mood. Even nak beli barang dapur pun aku hentam keromo je pegi beli, mana yang terlintas dalam kepala. Pernah la buat list tapi sampai kat sana aku lupa yang aku bawak list.. haha..

Sudahnya barang yang perlu beli tu aku tak beli pun.. Barang lain yang bawak balik.. Tu yang husband selalu membebel je.. Nak share la jugak list bajet perkahwinan tahun 2010 dulu.. Aku tunang 2009 pun ada jugak la sikit termasuk list.. hehe..

Semua ni bukan beli sekaligus tau.. Beli sikit2 kumpul.. Memang sebelum tunang lagi dah start kumpul duit.. Aku dan husband jimat giler sampai bab makan kitorang pernah makan nasik dengan telur mata je.. berhari2.. Lagi2 aku baru je keje, lepas grad tahun 2009 tu jugak aku start keje. Husband masa tu dah 2 tahun bekerja.. Boleh la menampung sikit duit belanja..

Ok aku mula dengan bajet pertunangan dulu.. cekidaut!

WANG HANTARAN 
MAS KAHWIN 
TARIKH TUNANG : 26.12.09 (TENGAHARI)
TARIKH NIKAH : 05.06.10 (PAGI)
TARIKH MAJLIS SEBELAH PEREMPUAN (KEDAH) : 05.06.10 (TENGAHARI)
TARIKH MAJLIS SEBELAH LELAKI (JOHOR) : 12.06.10
TEMA WARNA SEBELAH PEREMPUAN - WHITE BLUE
TEMA WARNA SEBELAH LELAKI - GOLD YELLOW


SENARAI BARANG MAJLIS PERTUNANGAN

BIL
LELAKI (4 DULANG)
(BAJET RM6++) 
(TEMA GOLD)
PEREMPUAN (5 DULANG)
(BAJET RM2++)
(TEMA WHITE & GOLD)
1.
CINCIN TUNANG
- RM250 POH KONG
KEMEJA/SLACK
- RM40/RM46
2.
BAJU KURUNG MODEN/TUDUNG
- RM110/RM40
PERFUME TITANIUM
- RM51
3.
TELEKUNG & SEJADAH
- RM150
CADBURY GOLD
- RM20
4.
PERFUME WOMEN OF EARTH
- RM54
KEK COKLAT
- RM20
5.

BAKUL BUAH
- RM50

 Tambahan : 
·        Baju tunang + tudung + veil = RM155
·        Kasut lelaki = RM30

SENARAI BARANG HANTARAN MAJLIS PERNIKAHAN

BIL
LELAKI (7 DULANG)
(BAJET RM10+++)
(TEMA GOLD)
PEREMPUAN (9 DULANG)
(BAJET RM1+++)
(TEMA WHITE BLUE)
1.
SIREH JUNJUNG
- RM50
SIREH JUNJUNG
- RM50
2.
WANG HANTARAN & MASKAWIN

 KAMERA DIGITAL
-RM500
3.
GELANG NIKAH & CINCIN NIKAH
- RM480/RM400
GAMES PS3
- RM150
4.
JAM TANGAN
-RM125 CASIO
JAM TANGAN
- RM125 CASIO
5.
KASUT
- RM50
KASUT
- RM100
6.
PERFUME
- RM150
WALLET/TALI PINGGANG
- RM75
7.
TELEKUNG/SEJADAH
- RM100
BUKU PANDUAN AGAMA

8.
HANDBAG
-RM50
KEMEJA
- RM40
9.
KEK VANILLA
- RM100 SECRET RECIPE
PERFUME
- RM50
10.
AL QURAN
KEK COKLAT
- RM50
11.
BAJU KURUNG/TUDUNG
-RM130/RM25



Checklist persiapan (6 bulan)

1. KURSUS KAWEN – RM80 X 2 = RM160
2. TEST HIV 
3. PERMOHONAN DAFTAR NIKAH – JOHOR & KEDAH
4. KAD KAHWIN + BUNTING = RM650
5. KATERING – CANOPY + MEJA MKN = RM3500 (500 JEMPUTAN)
6. PAKEJ KAWEN – SET MEJA PENGANTIN + MAKEUP 2X + FOTOGRAFI/ALBUM + PELAMIN + 2 PERSALINAN L/P + BILIK = RM2200
7. HANTARAN - KOTAK HANTARAN/LAPIK DULANG (TEMA CREAM)
8. BAJU NIKAH L/P = RM500
9. KOS TAMBANG KE JOHOR & KEDAH

Checklist persiapan masuk rumah (selepas kawen)

BARANG ELEKTRIK
1. TV - LCD SONY = RM1479
2. PEMAIN DVD - SONY = RM100
3. MESIN BASUH - TOSHIBA AUTO 7KG = RM700
4. PETI SEJUK - TOSHIBA = RM700
5. HEATER/THERMOS - Hadiah
6. PEMBAKAR ROTI - Hadiah
7. PENGISAR - Hadiah
8. PERIUK NASI - Hadiah
9. DAPUR GAS - Hadiah
10. SETERIKA - PHILIPS DIVA RM75 - ADA sebelum kawen
11. KIPAS MEJA - ADA sebelum kawen
12. PEMBERSIH HAMPAGAS Electrolux - Redeem Point          
13. MULTICOOKER - ADA sebelum kawen

LIVING ROOM
1. JAM DINDING
2. TV KABINET
3. CARPET
4. SOFA/KERUSI

BEDROOM
1. SET BILIK - KATIL, ALMARI BAJU, MEJA SOLEK
2. PS3 - LCD, MEJA - Husband punya (kaki games)

BATHROOM
1. CERMIN
2. BEKAS TOILETRIES

DINING
1. MEJA MAKAN

Bila tengok balik list ni baru aku ingat balik susah payah menempuh dugaan nak ke alam perkahwinan tu. Sebab aku dan husband bukan orang kaya2.. Semua dari usaha gigih kumpul duit taknak susahkan mak abah walaupun tahu diorang la yang jadi tulang belakang nak menjayakan majlis tu.. Sekurangnya kita dapat ringankan beban kan elok tu.. 

Sedar tak sedar dah 6 tahun usia perkahwinan kami.. Harap perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke syurga.. Aminnn... 




Friday, November 4, 2016

Pemergian yang diredhai





Malam tadi mak mertua call hasben, "Suhaimi dah meninggal"... Hasben terkedu terdiam tak balas apa2.. Lama lepas tu baru keluar ayat dari mulut dia "Innalillahiwainnailaihiroji'un....

Perginya seorang abang ipar yang banyak membantu kami dulu.. Perginya seorang suami kepada akak iparku (kakak no-3 belah hasben) yang tabah dan cekal hatinya menjaga dia sejak 3 tahun lalu.. Perginya seorang ayah kepada tujuh orang anak-anak yang masih memerlukan kasihnya.. 

Harap mereka tabah dan kuat menghadapi hari2 mendatang.. Aku tahu sejak ayah diorang sakit stroke, mereka dah belajar berdikari.. Belajar sambil bekerja.. Allah.. Sedih tak tertanggung.. Luaskan rezeki anak2 buah ku dan berikan mereka kesihatan yang baik.. 

Tahun ini aku kehilangan dua orang ahli keluarga yang paling dekat.. Bulan Ogos yang lalu, kakak iparku (kakak no-2 belah hasben) Nurul Asyikin juga pergi mengadap Ilahi kerana sakit kanser. 5 tahun berjuang melawan sakitnya.. Pergi meninggalkan enam orang anak. 

Pemergian mereka adalah satu ketetapan Ilahi.. Sesungguhnya kehidupan akhirat lebih baik bagi mereka.. 

Sedekahkan Al-Fatihah.. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang diredhai Allah Ta'ala.




Thursday, November 3, 2016

Bayar Lawyer Fee (SPA & Loan Bank)

Setelah lama tinggalkan tulisan perjalanan membeli rumah baru, sekarang nak update lagi ye step seterusnya.

Banyak halangan sebelum loan nak approve ni - nanti I cerita kenapa.
Ok lepas loan dah approved, lawyer SPA (pemaju) dan lawyer bank (BSN) akan keluarkan invoice untuk kita bayar lawyer fee.

Kenapa kena bayar lawyer ?
Iyela dia dah sediakan dan uruskan dokumen perjanjian jual beli hartanah untuk kita, lagi uruskan pinjaman bank ikut undang-undang yang ditetapkan so kena la bayar. 
Tugas diorang bukan setakat admin je tetapi dari segi legal jugak.

Bila dah dapat invoice tu harap check betul2 relevan atau tak setiap amount yang dia caj tu. 
Boleh terus tanya setiap caj tu untuk bayar apa kalau kita tak jelas. 
Dah setuju baru sign dan bayar ke akaun bank yang lawyer bagi.

Bayaran lawyer fee - kami guna EPF akaun 2 :
Lawyer SPA - RM2,033.58
Lawyer Bank - RM3,669.84
Total : RM5,703.42

Banyak kan? Sayangnya la duit. Apa boleh buat demi rumah syurgaku.. Pejam mata bayor jela.

Cara-cara nak buat pengeluaran EPF akaun 2 boleh refer link di bawah.


Setiap transaction mesti ada resit bayaran kan, so harap simpan untuk rujukan kita. 
Lepas payment dah clear mintak lawyer keluarkan resit bayaran yang kita dah buat.

Ok ni nak cerita sikit halangan yang terpaksa kami lalui sebelum loan approve. 
Semuanya silap si isteri sebab tak bayar PTPTN.. hehe.. 
Tak bayar tu sebab pernah menganggur lama 2 tahun lepas so tak dapat la teruskan bayar bulanan PTPTN. 
Jadi rekod bayaran tu tak cantik dan keluar dalam CCRIS.

So please please make sure sesape yang pinjam PTPTN ni wajib bayar cantik2 jika nak apply apa2 loan pun.

Apa yang aku buat untuk cantikkan balik rekod CCRIS ni - Keluarkan EPF akaun 2 bayar separuh hutang PTPTN dan mintak PTPTN strukturkan balik bayaran bulanan. 
Kan dah pernah cerita sebelum ni, ini adalah rumah pertama so EPF dapat la keluarkan semua akaun 2. 
Duit tu aku bahagikan utk bayar PTPTN dan lawyer fee. 
EPF hasben pun dapat keluarkan semua, membantu sikit kewangan kami.

Tak susah pun nak deal dengan PTPTN, just call pegawai cawangan yang berdekatan dengan kita. Amik kat website PTPTN je nanti dia akan uruskan semua. 
Aku deal dengan cawangan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebab dekat je dengan rumah. Anytime boleh jumpa dia.. Memang membantu sangat. 
Boleh deal melalui whatsapp jugak. Yang penting kita simpan surat tawaran PTPTN masa apply dulu dan ada lagi dokumen lain (tak ingat dah).

Isi borang kat EPF, dia akan guide kita just cakap je nak keluarkan EPF untuk bayaran PTPTN.
EPF amik masa dalam 1 minggu je untuk release bayaran PTPTN aku. 
Ni akan direct terus ke akaun PTPTN. 
Selepas payment dah clear dalam akaun PTPTN, barulah apply sekali lagi untuk keluarkan balance EPF tu. 
Yang ni baru akan masuk ke akaun bank kita (ikut amount yang kita apply). 
Staff EPF cakap better keluarkan habes sebab for this time je (beli rumah pertama) dapat keluarkan akaun 2 terus ke akaun bank kita, nanti memang tak dapat dah peluang ni.  

Payment for PTPTN dah clear tadi kan, so kena buat penstrukturan PTPTN pulak. 
Penstrukturan ni supaya fix kan monthly installment yang perlu kita bayar. 
Then PTPTN akan keluarkan surat pelepasan untuk kita bagi dengan bank pinjaman (BSN). 
Barulah BSN approve loan kitorang. 
Huh semua tu amik masa sebulan untuk settle tau! Lega rasanya lepas dah approve. 
Boleh tido lena hehe..

Berbalik pasal lawyer fee pulak, lepas seminggu loan approve, lawyer SPA (KF Low) akan hantar invoice dan collect SPA skali. 
Tak lama lepas tu lawyer bank (Zailan & Co) pula mintak kami ke office dia di Kompleks PKNS untuk sign dokumen dan bagi invoice skali.

Settle bab bayaran lawyer fee.. 
Masa ni tak pening kepala dah.. Tunggu je rumah siap.. 
Kitorang ada group komuniti Villa Kesuma so senang la nak tahu progress rumah.

Definisi : 
SPA - Sales & Purchase Agreement
PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
BSN - Bank Simpanan Nasional
CCRIS - Central Credit Reference Information System

Thursday, September 8, 2016

#CabaranDiet : Percubaan kuruskan badan cara sihat

Tengok tajuk tu jangan ingat aku ni nak cuba jadi dietician ke coach pulak ke kan.. hihi.. Tu baru percubaan nak kuruskan badan. Ingat yer P-E-R-C-U-B-A-AN...

Saje jadikan diari.. bagi semangat sikit nak kuruskan badan ni.. lagi satu nak jaga kesihatan jugak.. ni asyik melepek penat je.. asyik tak larat je.. apa pun tak boleh..

So let's cekidaut ape yang aku dah buat..

1) Aku survey teatox untuk detoks badan dulu supaya badan boleh terima dengan cara pemakanan baru ni.. Macam kita flush out semua sisa dan lemak degil dalam badan ni haaa.. kehkeh..

Aku try teatox dari Medina Desire..

Beli set combo. Harga RM40 je dapat 2 jenis tea.

Satu slimming & detox tea.

Satu lagi Kakichantiq tea.


2) Buat weekly shopping list.

Aku refer list yang kat bawah ni.. tak semuaaa.. ikut tekak aku mana yang boleh terima. hari2 tukar menu dalam seminggu then minggu lain repeat balik menu tu..

NON STARCHY FRESH VEGETABLES: 
artichokes,
asparagus,
bean sprouts,
broccoli,
cabbages,
carrots,
coleslaw,
cauliflower,
celery,
cucumber,
lemons,
lettuce,
mushrooms,
onions,
peppers,
radishes,
spinach,
zucchinis.

FRESH FRUITS:
apples,
bananas,
berries,
grapes,
kiwis,
melon,
oranges,
pears,
pineapple.

FRESH HERBS: 
basil,
chives,
parsley

WHOLE GRAINS: 
brown rice,
whole wheat pasta and bread (Gardenia hijau or Massimo)

CANNED:
tomato sauce,
red beans

NUTS AND SEEDS:
cashews,
sunflower seeds,
sesame seeds,

DAIRY:
Susu kurma Farm Fresh
Eggs,
Plain yogurt Farm Fresh,

MEAT AND SEAFOOD: 
skinless chicken breast,
salmon,
shrimp,
Ikan kembung,
Bawal putih

SEASONING:
extra virgin oil or coconut oil,
vinegar,
mustard,
mayonis

3) Buat menu untuk seminggu. 

HARI SARAPAN TENGAHARI MALAM
ISNIN TELUR DADAR BLACKPEPPER AYAM GORENG 2 KETUL IKAN GORENG 2 EKOR + KAILAN IKAN MASIN
SELASA 3 BIJI TELUR REBUS + MAYONIS KANGKUNG BELACAN +
1 KETUL AYAM GORENG
SUP AYAM 2 KETUL
RABU 1 KETUL AYAM GORENG +
1 BIJI TELUR REBUS
BAYAM GORENG + IKAN GORENG DAGING MASAK KARI
KHAMIS SUP AYAM BERSAMA TELUR KOBIS GORENG + 2 KETUL AYAM GORENG DAGING SALAI AIR ASAM
JUMAAT SUP DAGING BERSAMA TELUR AYAM GORENG BROKOLI SUP SAYUR CAMPUR
SABTU TELUR GULUNG AYAM + MAYONIS 2 IKAN GORENG + SUP PETOLA 2 IKAN SINGGANG + SAWI GORENG BELACAN
AHAD TELUR GULUNG DAGING + MUSTARD 1 IKAN BAKAR + SUP PETOLA PERIA GORENG TELUR +
2 AYAM GORENG


4) Minum air masak kosong, pagi ke malam 2Liter sehari. Kalau haus lebih haritu, minum la lebih.  Cuba tahan dari minum air manis.. 

5) Aku cuba cergaskan diri dengan banyakkan naik turun tangga.. Kat rumah dengan ofis memang ada tangga.. Then banyakkan buat kerja rumah macam mop lantai dan cuci toilet.. Sebelum ni jarang2 buat kerja berat macam tu.. Tu part hasben.. hehe.. 

6) Step last ni memang payah sikit nak ikut... iaitu -----------> ISTIQOMAH.. Buat secara perlahan-lahan, jangan drastik nanti takut kecewa kalau berat tak turun.. yang penting enjoy je makan taknak stress tapi masih ikut kalori yang betul.. 


Doakan aku berjaya kuruskan badan dengan sihat dan selamat. 

Friday, August 12, 2016

Proses Permohonan Pinjaman Perumahan Melalui Bank

Assalamualaikum...

Punya la lama nak update blog.

Entry lepas aku ada share pasal permohonan Rumah Selangorku ..

Selesai bayar booking fee dan pilih unit, kami diberi SPA - Proforma Invoice dan SPA - Pre-sign dokumen. 
Lepas dah sign, pemaju bagi satu salinan SPA-Proforma Invoice dan pre-sign dokumen tadi diberi kepada lawyer SPA iaitu KF Low & Co. Dokumen ni akan disiapkan oleh lawyer lepas loan approved.

**SPA = Sales & Purchase Agreement
Lawyer SPA as lawyer pemaju. 

Pemaju projek Villa Kesuma ni ialah Agenda Istimewa (syarikat bawah kerajaan negeri Selangor).
Check dengan teliti harga rumah dan spesifikasi. Boleh pilih nak rumah basic atau upgrade pakej.
Pakej basic ni harga RM220,000 dan pakej upgrade RM250,000. 

Pakej upgrade kalau tak silap dapat kitchen kabinet, tiles yang high quality (cantik dan saiz besar) dan ada lagi beberapa extra item. 

Disebabkan kitorang tak cukup simpanan dan nak apply 100% loan so salesperson tu cadangkan kitorang amik pakej basic sahaja.

Panel bank yang join road show masa penawaran tu ada 3 bank.. Bank Rakyat, BSN, dan Public Bank. Then kami pilih untuk apply loan dengan BSN setelah berbincang dengan salesperson tu.

Reason :

1) Ada Skim Perumahan Belia (SPB). Kerajaan bagi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual. Tak silap kerajaan hanya bagi skim ni pada BSN sahaja.

2) Hasben dah ada akaun dengan BSN, iaitu BSN Giro so tak payah buka akaun lagi.

3) Dapat salesperson yang bersungguh nak proses loan kami sampai approve sebab ada sedikit masalah loan reject disebabkan PTPTN aku. Hehe. Bank Rakyat pun ada approach kami jugak tapi the way nak tolong tu tak meyakinkan. Siap perli2 lagi pasal gaji sikit tapi nak tolong jugak. Better deal dengan orang yang betul2 ikhlas nak tolong kannn. Takde la sakit hati. 






Ciri-ciri & Kelebihan (SPB) 

» 50% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan.

Harga Hartanah

» Minimum: RM 100,000.
» Maksimum: RM 500,000.

Margin Hartanah

» Hartanah - Sehingga 100% atas harga belian/ harga pasaran (yang mana lebih rendah).
» MRTA - Sehingga maksimum 5% atas harga belian/ harga pasaran (yang mana lebih rendah).

Tempoh Pinjaman

» Minimum : 5 tahun.
» Maksimum: 35 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh Pinjaman).

Kadar Faedah

» Antara BR + 0.45% sehingga BR + 2.85% bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pelanggan.

» Kemudahan ini ditawarkan untuk membiayai hartanah yang sama ada sudah siap, sedang dalam pembinaan atau hartanah subpembelian.

Nota:
» BR semasa adalah 4.10% setahun.

Syarat Kelayakan SPB

» Warganegara Malaysia berumur 25 hingga 40 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan).
» Telah Berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000.00 sebulan.
» Pemilikan Hartanah Pertama sahaja.
» Permohonan secara perseorangan atau bersama.
» Pemegang Akaun BSN GIRO / GIRO-i.
» Mempunyai bukti pembelian / pemilikan hartanah.

Dokumen yang bank perlukan : (untuk join loan)
1) I/C suami & isteri
2) Sijil perkahwinan yang sah (bukti pertalian peminjam bersama)
3) EPF statement suami & isteri
4) Penyata akaun bank (akaun gaji) suami & isteri
5) Slip gaji suami & isteri
6) Borang akaun sumpah 2 copy utk disahkan oleh pesuruhjaya sumpah (syarat layak SPB).
Kitorang pegi kat pesuruhjaya sumpah tingkat 1 bangunan KWSP. Bayar RM10 kot sorang.

** Pastikan kita buat lebih satu salinan untuk simpanan kita dan minta bank acknowledge received. So nanti senang nak refer balik kalau bank request dokumen tambahan. Yang penting apapun yang kita submit pastikan kita buat satu salinan untuk simpanan kita.

Okay sampai sini dulu pasal permohonan loan bank. Harap coretan perjalanan beli rumah ni dapat jadi panduan masa akan datang ke kan.. 

Bye!

Thursday, June 2, 2016

RumahKu SyurgaKu : Dapur Idaman Hati


Assalamualaikum semua!


Amboi lama tak berupdate ye.. hihi.. biasa la weekdays keje, weekend pulak ada je benda nak buat.. memang tak lekat kat rumah langsung weekend.. jadual pack.. balik kampung la, jenjalan la.. ni Adam tak sihat pulak.. demam dah berapa hari.. tabah la wahai ummi..

Tetiba update blog ni pasal nak parking dulu design dapur idaman hati.. hehe.. Nanti bole la plan sikit2 nak buat camne kan.. ada la idea tu nanti..

Jom cuci mata tengok dapur idaman kami..



Tema : Minimalis Just Nice 

Pinjam gambar kat facebook Natasya Nadia






Design ni rasa ngam sangat dengan rumah baru nanti. Just tambah cabinet kat atas je..
Sumber : Pinterest






Sumber : Pinterest





Sumber : Pinterest
Tepi skali tu bole letak counter bar kan.. comel yang ni..



Ruang Penstoran..guna ruang sebaik mungkin..
Sumber : Pinterest





Minat counter bar dia..
Sumber : Pinterest




Berangan itu free...hehe.. Semoga tercapai impian kami nak dapur minimalis tu.. Tiap minggu tengok progress rumah.. huhu... Harap dapat siap seperti yang dinyatakan..


Monday, April 25, 2016

Bersantai di Glory Beach Resort, PD

Rasa pelik sikit bila hasben menyuarakan hasrat nak pergi bercuti. Katanya nak mandi pantai. Dah lama tak merasa air laut. Si isteri ni ON je bak kata pepatah "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari".. Rezeki la tu bila si suami ajak bercuti kannn..

Boleh la tenangkan fikiran relax2 sikit. Musim panas pulak tu sekarang ni. Dapat tido tilam empuk, ada aircond, pemandangan pantai dan matahari terbenam, mandi pool, makan kenyang2. Hurmm...nikmat betol kan.

So pagi Sabtu baru kemas beg dan gerak ke PD pukul 12.30 tengahari.. 2 jam perjalanan dah sampai PD. Untung dapat check-in awal sikit tak payah tunggu lama. Untung lagi bila dapat unit yang 3 bilik means unit yang besar sikit padahal book unit yang 2 bilik je. TQ Glory.

Bau laut tu yang best. 

Maaf, mak nak selfie seketoi. 

View dari balkoni.


Budak tak suka mandi kolam.


Keluar makan tengahari kat kedai makan dekat2 situ je. Malas nak pegi jauh. Petang sikit berjalan kat tepi pantai. Syok.

Nak mandi swimming pool budak tu taknak pulak. Jalan tengok penyu jela. Eh kat situ ada tempat penyu menetas rupanya. Sebelum ni masa first anniversary ke yang kedua entah tido situ gak tapi tak tau pun ada kolam penyu. Sekarang baru tau. Haha..
Yang tu je Adam suka. Lain dia tak minat. Asyik ajak balik bilik je. Nak tido kat rumah pun boleh Adam oiii. Mak nak menikmati pemandangan sat.

Tido 1 malam je. Dinner pun kat kedai tomyam area situ gak. Lepas makan balik tido. Tu je. Bosan la ko ni kan.

Wednesday, March 30, 2016

Legoland Malaysia Resort





Pikir2 nak pegi jalan mana la bulan 12 tu.. Kebetulan company bagi cuti panjang start Maulidur Rasul 24/12/2015 sampai 4/1/2016 (12 hari tu).. Adam pulak asyik dok cakap nak gi Legoland la ummi.. tengok kat tv ler tu iklan Legoland hari2.. lepas tu minat jugak la collect Lego dengan daddy dia pun suka membeli.. so decide pegi Legoland je cuti tu..

Cari date yang sesuai tak dapat pulak tiket murah.. nasib la ada akak ni nak jual tiket dia murah2 untuk theme park sahaja sebab anak saudara dia tak jadi pegi apalagi terus deal dengan akak tu.. baik hati akak, ada rezeki kami dapat tiket murah. tapi date tu 25 dec time krismas..waaa confirm ramai orang.. takpe la kami redha jela pegi..

Sehari sebelum pegi tu balik Muar dulu tido situ (rumah mentua) then pagi esoknya gerak ke JB terus..takde la penat sangat.. gerak pagi pukul 8 sampai sana dalam pukul 10.. agak lambat sebab ramai dah start masuk dan tempat main kat dalam dah agak full.. awal betol diorang ni.. ingatkan kitorang dah awal..

Jom ler layan gambar.. tulis panjang2 pun bukan korang rajin baca..hehe..

^
^
^
^
^

Sebelum masuk harusla wefie dulu..Adam tak sabar dah tu..



Belum explore dalam park dah nampak kedai. Tunggu balik nanti baru singgah ye Adam.

Masa kat dalam park memang panas betol. Cuaca elok je haritu cuma panas terik la.. Dah standby siap2 air mineral botol besar dengan roti.. buat alas perut..

Ingat nak ke Rescue Academy dulu, yang ada fire engine tu Adam suka la.. tapi ramai sangat yang beratur. So cari la tempat berteduh yang redup sikit. sambil tu tengok showtime kat Lego City Stage untuk Ninjago Shadows Live pukul 1.00pm, showtime kedua haritu.. ok ada lagi setengah jam then kitorang pegi main susun susun lego dulu..

Snap from website Legoland


Muka serius je susun lego..


Haa buat macam ni..sampai muncung2 mulut ummi..


Lagi 10minit pukul 1.00pm terus lari ke Lego City Stage nak tengok Ninjago pulak..

Fullhouse 

Best sejuk dapat rasa aircond..kat luar panas betol..

Sebelum gelap ambik gambar lagi. 

Show dah pun start. 




Boleh rasa angin dari helikopter tu.. Live show kannn..


Show dah habis pegi ke Lego City Airport pulak naik kapal terbang.. nasib tak ramai beratur..takde la tunggu lama..

Mengada ummi pun naik dok sorang kat belakang..haha..Adam muka takut je padahal bukan tinggi pun terbang..

Lepas tu jenguk jap kat train Legoland Express yang pusing satu park tapi ramai sangat beratur.. ummi frust tak dapat bawak Adam naik.. Adam kan tak suka tunggu lama2 nanti dia mengamuk nak keluar.. baik pegi tempat yang tak ramai sangat orang.. Rugi tau datang time cuti sekolah/public holiday sebab kena beratur lama nak main satu tempat tu..

So marilah ke Lego Miniland pulak..

Putrajaya
Additional Info : Putrajaya is a planned city, located 25km south of Kuala Lumpur that serves as the federal administrative centre of Malaysia. The seat of government was shifted in 1999 from Kuala Lumpur to Putrajaya, due to the overcrowding and congestion in the Kuala Lumpur areas. Nevertheless, Kuala Lumpur remains Malaysia's national capital, being the seat of the King and Parliament, as well as the country's commercial and financial centre.


Masjid Putrajaya






Angkor Wat
Additional Info : Angkor Wat is a temple complex in Angkor, Cambodia. It was built by King Suryavarnam II in the 12th century. By area, it is the largest religious building in the world!




Johor Bahru & Stadium Larkin
Additional Info : Johor Bahru is the state capital of Johor in southern peninsular Malaysia, just across the causeway from Singapore. A bustling city but one with little of interest for the casual tourist, it is a significant regional transport and manufacturing hub.

Daddy suka la yang ni..siap ada lagu JDT lagi..






Tengah round dalam ni tetiba hujan lebat. Hujan panas tu. Tapi sekejap je.

Rumah Mini di Malaysia


Laos
Additional Info : Patuxai is a monument to victory in the center of Vientiane, Laos. It was built between 1957 and 1968. It is made of cement that was originally meant for building an airport!


Ambulan tu pun bergerak. Siap ada bunyi siren. 

Vietnam
Additional Info : Hoi An is a city in Vietnam on the coast of the South China Sea. It is a UNESCO World Heritage Site. In the 16th and 17th centuries, it was a major trading town for Chinese, Japanese, Dutch and Indian merchants. In modern times, tourists come to see the historic buildings, and visit the shops and restaurants along the water.




Singapore
Additional Info : Singapore, officially the Republic of Singapore, is a Southeast Asian city-state off the southern tip of the Malay Peninsula, 137 kilometres (85 mi) north of the equator. An island country made up of 63 islands, it is separated from Malaysia by the Straits of Johor to its north and from Indonesia's Riau Islands by the Singapore Strait to its south. The country is highly urbanised with very little primary rainforest remaining, although more land is being created for development through land reclamation.





KLIA
Additional Info : KLIA is the largest airport in Malaysia and the seventh busiest in Asia handling over 35 million passengers yearly. The iconic control tower is 130 meters high – the second highest in the world. The 2 runways, each 4000 meters long can collectively operate 120 flights per hour.




China
Additional Info : The Forbidden City was the emperor’s palace of the Ming and Qing dynasties – that’s more than 500 years! The entire palace has more than 980 buildings and covers 720,000 square meters!



Port Tanjung Pelepas
Additional Info : The Port of Tanjung Pelepas is a port for container ships located on the eastern mouth of the Pulai River in south-western Johor, Malaysia. Receiving its maiden vessel on 10 October 1999 on a three-month trial operation, it set a world record as the fastest growing port with 1 million twenty-foot equivalent units (TEU) of containers handled after 571 days of operations.









Taj Mahal, India
Additional Info : The Taj Mahal was built by the Mughal emperor Shah jahan in memory of wife. It is considered a masterpeiece of Mughal architecture. It took thousands of workers more than twenty years to build!







Masa hujan tu lari berteduh kat bawah pondok kat tepi2 tu.. Hujan dah reda pegi ke playground (Duplo Playtown) pulak..yang ni sesuai untuk budak2 bawah 4tahun.. relaks je main lego..


Takde budak2 lain pun main situ...

Sounds of animals




Boleh start enjin dan keluar bunyi macam real kereta

Kepala dah basah lencun peluh





Sebelum balik tengok Lego 4D Movie dulu. ni lagi best Adam okay je pakai spec 3D tu then bila ada spider ke apa2 yang dia nampak macam datang betul2 kat dia terus menjerit kuat sampai tercampak spec tu..terkejut..hehe..best experience ever..

Ok dah penat sangat ni jum la kita balik.. dalam perjalanan keluar tu sempat jengah2 tempat yang tak masuk lagi..nak main tak larat da..

Pharaoh's Revenge. Tak masuk pun sebab tengok game adventure je..




Dino Island. Lalu je tak masuk jugak sebab dah penat pikir nak balik je time tu..




Singgah kedai souvenirs Lego kejap cari mainan untuk Adam. Harga Lego kat sini memang mahal giler..baik beli kat Toys r Us lagi berbaloi.. Aku sempat grab lanyard Legoland.. hehe..

Adam punye Star Wars lego


Sedikit tips ke Legoland : 
- bawak air mineral banyak..kalau boleh botol besar..nak beli kat dalam ni mahal.
- bawak makanan ringan macam roti atau sandwich ke untuk alas perut.kat dalam makanan mahal sangat.
- bawak stroller even anak da besar.. tak larat nak dukung oiii..
- bawak baju spare kalau theme park pun ada tempat main air. kitorang tak masuk situ..baju basah kena hujan je tapi cepat kering sendiri..hehe..
- pakai sunblock.panas ni.
- pakai topi atau sunglass
- datang awal sikit. bole main semua tempat.
- ATM Maybank ada kat entrance. so jangan risau nak keluarkan duit..
- solat/rehat dulu segarkan badan kat surau. lepas tu sambung balik main.

Itu saja trip kitorang ke Legoland.. Bye!