26 January, 2016

Permohonan Rumah Selangorku


Assalamualaikum.



Bulan Oktober tahun lepas, kawan ofis hasben suruh kitorang apply Rumah Selangorku.. Ada banyak projek rumah baru kat area Selangor.. Harga dari 45 ribu.. Memang mampu milik.. Disebabkan dah tahu target area dan kelayakan pinjaman, kami tengok ada rumah area Semenyih yang memang menarik hati..

Nak tengok projek rumah selangorku yang lain bole refer SINI

Tapi kena tengok dulu syarat-syarat kelayakan. Kalau ok semua then baru sediakan dokumen.

Syarat kelayakan untuk memohon Rumah Selangorku :



  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas; 
  2. Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan; Pendapatan maksimum isi rumah adalah RM8,000.00 sebulan; 
  3. Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor. 
  4. Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon 
  5. Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa. 
  6. Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan 
  7. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih MENUNGGU TAWARAN akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU 


Dokumen yang diperlukan : 

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan; 
  2. Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan; 
  3. Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan; 
  4. Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin; 
  5. Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri; 
  6. Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja; 
  7. Penyata KWSP
  8. Salinan bil air atau bil elektrik

Pastikan dokumen semua lengkap dan hantar kat HQ Lembaga Perumahan Selangor atau bole pegi hantar sendiri kat show gallery rumah yang kita nak apply. Kami pegi terus show gallery Villa Kesuma dekat Semenyih. Orang tu akan check dokumen semua dah lengkap nanti tunggu je result dari LPHS dalam masa sebulan. 

Masa ni bedebar je tunggu message dari LPHS. Selepas sebulan, jeng jeng jeng... dapat message macam ni.. 



" RM0.00 Dimaklumkan Penawaran Terus bagi Rumah Bandar - Villa Kesuma
akan diadakan di Sunway Giza, Kota Damansara pada 06-08 November 2015

@ dari 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Sila bawa bersama Cek/Draf Bank

sebanyak RM1,000 atas nama AGENDA ISTIMEWA SDN BHD untuk pemilihan

unit Villa Kesuma sekiranya mendapat kelulusan Lembaga Perumahan dan
Hartanah Selangor (LPHS). Sila hubungi 03-78460992/3 atau
03-87271755/88 untuk keterangan lebih lanjut."


" RM0.00 Tempat: Sunway Giza mall, Centre Management Office, LG Block D,
Sunway Giza, No.2, Jalan PJU 5/14, PJU 5 Kota Damansara, 47810
Petaling Jaya, Selangor.
Untuk pinjaman perumahan Kerajaan, sila bawa surat kelayakan
pinjaman/surat pengesahan jawatan tetap dan berpencen. Untuk pinjaman
bank, sila bawa bersama 3 bulan penyata akaun bank gaji."



Aku dan hasben tertanya tanya dapat ke tak ni.. takpe la pegi jela sana tengok ape jadi.. Bawak sekali bank draf dan dokumen standby (slip gaji, penyata KWSP, bank statement) mana tahu dia nak ke kan..
Sampai sana je, alhamdulillah kami dapat penawaran tu.. Bayar deposit 1K dan pilih unit.. 

Untuk rumah jenis townhouse ni, unit atas orang lain bawah orang lain. Ok la kan, masih land house seperti yang kitorang nak. Masa tu tinggal unit atas je..bawah sold out..huaaa... atas pun atas la.. tengok list siapa jiran2  then book unit tu.. Lega setel satu hal.. 

Next entry aku share pasal loan bank pulak ye.. 

Bye!

30 comments:

  1. Nt sambunh lg tau..exited nk tau lg psl rumah selangor ni

    ReplyDelete
  2. Tq sbb backlink..continue story pasal beli rumah sbb nurin suka bc pngalaman org lain

    ReplyDelete
  3. masa apply tu dah ada pinjaman perumahan lain ke x dalam neeri selangor

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde pinjaman perumahan lain. seperti syarat no.4 "Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor."

      Delete
  4. Beli rumah selangorku tu harge brape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya amik yg basic type A RM220K sbb nak apply loan 100%..kalau upgrade pakej tak silap dlm RM250K siap renovate.upgrade pakej tak layak utk 100% loan

      Delete
    2. Mcm terbalik, ke sy salah faham. call maybank deorg ckp, RM250K yg siap renovate tu yg lepas 100% loan, yg 200k tu kne baya 10%.

      Delete
    3. depend pd bank kot..sy loan BSN..tapi sebelum apply loan dulu pun pemaju dah bagitau awal2 kalau nak apply loan 100% xbole amik pakej upgrade..utk basic shj..

      Delete
  5. Syarat permohonan rumah selangorku, mesti bermastuatin di negeri Selangor ? kalau di kuala lumpur boleh ka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pun bermastautin di KL..dapat penawaran jugak..boleh cuba ;)

      Delete
  6. hai..boleh tanya..untuk salinan bil elektrik/bil air , boleh ke attach rumah sewa punya bil? harap membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bil yg rumah sewa punye sbb dia nak tengok owner bukan atas nama kita..then alamat rumah sewa tu sama dengan ape yg kita tulis dlm form..kalau bil telefon atau internet tak boleh sebab atas nama kita..tak boleh nak verify..

      Delete
    2. nak tanya.......saya ni warganegara malaysia tapi isteri saya ni bukan warganegara malaysia...boleh tak saya nak reply rumah selangor?

      Delete
    3. boleh terus tanya kepada LPHS..saya pun tak pasti..

      Delete
  7. Salam..

    Nak tumpang tanya. So, proses untuk permohonan rumah selangorku, lepas je siap register kat laman web LPHS, kita boleh je la ek direct ke developer untuk hantar dokumen tanpa pergi LPHS ye puan? Saya tak berapa jelas mengenai step yang perlu dibuat setelah selesai mendaftar di dalam laman web LPHS. Mohon pencerahan dari pihak puan. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. bagi yang mendaftar online bole submit dokumen online kpd LPHS. mungkin bole refer step di website tu.. saya dulu tak mendaftar online,saya ke gallery villa kesuma di semenyih dan diorang yg hantar dokumen ke LPHS..then tunggu je tawaran dari LPHS..

      Delete
    2. owh..kiranya dokumen yang puan hantar ke developer, diorg yang hantarkan ke LPHS la ek? Ok, terima kasih atas pencerahan.

      Delete
  8. Hai saya nak tnye....selepas dapat offer letter rumah dari pemaju...berapa lama selepas dapat offer tu kita akan dapat message utk dtg buat undian rumah? Lepas tu berapa lama pulak masa max. Utk byr 10% deposit tu ya.....lg satu bank yg pemaju bawa kat situ saja kan yg boleh kita buat pinjaman? Utk rumah pertama boleh ka 100% loan bank?..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah selangorku takde undian rumah..lepas dpt offer letter pemaju, terus bayar booking dan pilih unit..masa tu bole terus apply loan..bank ada join skali masa tu..lain bank kena tanya dengan pemaju. rumah pertama memang bole 100% loan mcm kami. tapi ada tnc la..

      Delete
  9. Berapa lama masa yang diberikan utk byr deposit ya? Hanya boleh guna bank under pemaju sahaja kan? Masih boleh buat 100%loan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. brp lama utk bayar deposit tu sy xpasti. sbb kes sy amik 100% loan no deposit, just byr booking 1k je.. bank under pemaju shj..

      Delete
  10. Macam saya, ada check status permohonan, status yang keluar DITAWARKAN RUMAH...kalau macam ni apa step seterusnya ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lps dpt offer letter boleh terus call tanya pemaju utk byr booking dan pilih unit. masa yg sama bole terus apply loan lps dpt pre sign snp dari pemaju.

      Delete
  11. rumah selangorku tak de cabut undi ke kak , boleh direct pilih unit ye.
    saya apply rumah selangorku de kiara, tapi ditawarkan de bayu,setia alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde cabut undi..boleh pilih unit lepas byr booking

      Delete
  12. Cik Puan Adila ade kne buat bayaran guaman? berape? sy dikenakan bayarak RM7k utk bayaran guaman. Pelik, sepatutnye bukan pemaju yg tanggung? Peguam tu org mereka sendiri. Haiz

    ReplyDelete
  13. Saya pun dapat type A. Tingkat atas. Yang bawah semua sold out. Tapi yang best nya dapat lot tepi. Ada la tanah sikit. Boleh tanam pokok bunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berjiran nnt..best la ada tanah bole bercucuk tanam kan..ini pun dah cukup syukur..janji ada rumah sendiri..hehe

      Delete
  14. Agaknya kalau gaji suami dlm RM3200 dpt tak 100% full loan utk rumah RM188300.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu kena refer bank..kelayakan loan saya pun xpasti camne..huhu..

      Delete