Thursday, November 3, 2016

Bayar Lawyer Fee (S&P & Loan Bank)


Setelah lama tinggalkan tulisan perjalanan membeli rumah baru, sekarang kita update lagi ye step seterusnya.

Banyak halangan sebelum loan nak approve ni - nanti I cerita kenapa.
Ok lepas loan dah approved, lawyer S&P (pemaju) dan lawyer bank (BSN) akan keluarkan invoice untuk kita bayar lawyer fee.

Kenapa kena bayar lawyer ?
Iyela dia dah sediakan dan uruskan dokumen perjanjian jual beli hartanah untuk kita, lagi uruskan pinjaman bank ikut undang-undang yang ditetapkan so kena la bayar. Tugas diorang bukan setakat admin je tetapi dari segi legal jugak.

Bila dah dapat invoice tu harap check betul2 relevan atau tak setiap amount yang dia caj tu. Boleh terus tanya setiap caj tu untuk bayar apa kalau kita tak jelas. Dah setuju baru sign dan bayar ke akaun bank yang lawyer bagi.

Bayaran lawyer fee - kami guna EPF akaun 2 :
Lawyer SNP - RM2,033.58
Lawyer Bank - RM3,669.84
Total : RM5,703.42

Banyak kan? Sayangnya la duit. Apa boleh buat demi rumah syurgaku.. Pejam mata bayor jela.

Setiap transaction mesti ada slip bayaran kan, so harap simpan untuk rujukan kita. Lepas payment dah clear mintak lawyer keluarkan resit bayaran yang kita dah buat.

Ok ni nak cerita sikit halangan yang terpaksa kami lalui sebelum loan approve. Semuanya silap si isteri sebab tak bayar PTPTN.. hehe.. tak bayar tu sebab pernah menganggur lama 2 tahun lepas so tak dapat la teruskan bayar bulanan PTPTN. Jadi rekod bayaran tu tak cantik dan keluar dalam CCRIS.

So please please make sure sesape yang pinjam PTPTN ni wajib bayar cantik2 jika nak apply apa2 loan pun.

Apa yang aku buat untuk cantikkan balik rekod CCRIS ni.. Keluarkan EPF akaun 2 bayar separuh hutang PTPTN dan mintak PTPTN strukturkan balik bayaran bulanan. Kan dah pernah cerita sebelum ni, ini adalah rumah pertama so EPF dapat la keluarkan semua akaun 2. Duit tu aku bahagikan utk bayar PTPTN dan lawyer fee. EPF hasben pun dapat keluarkan semua, membantu sikit kewangan kami.

Tak susah pun nak deal dengan PTPTN, just call pegawai cawangan yang berdekatan dengan kita, amik kat website PTPTN je nanti dia akan uruskan semua. Aku deal dengan cawangan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebab dekat je dengan rumah. Anytime boleh jumpa dia.. Memang membantu sangat. Boleh deal melalui whatsapp jugak. Yang penting kita simpan surat tawaran PTPTN masa apply dulu dan ada lagi dokumen lain tak ingat dah.

EPF amik masa dlm 1 minggu je untuk release bayaran PTPTN aku. Ni direct terus ke akaun PTPTN kita. Balance EPF tu dia akan masukkan ke akaun bank kita (ikut amount yang kita apply). Lepas dah settle penstrukturan PTPTN tu dia akan keluarkan surat pelepasan untuk kita bagi dengan bank pinjaman (BSN). Barulah BSN approve loan kitorang. Huh semua tu amik masa sebulan untuk settle tau! Lega rasanya lepas dah approve. Boleh tido lena hehe..

Berbalik pasal lawyer fee pulak, lepas seminggu loan approve lawyer S&P (KF Low) hantar invoice dan collect S&P skali. Tak lama lepas tu lawyer bank (Zailan & Co) pulak mintak kami ke office dia di Kompleks PKNS untuk sign dokumen dan bagi invoice skali.

Settle bab bayaran lawyer fee.. Masa ni tak pening kepala dah.. Tunggu je rumah siap.. Kitorang ada group komuniti Villa Kesuma so senang la nak tahu progress rumah.


Nah belanja sikit rumah unik kami.. =)

Rumah contoh baru siap














8 comments:

  1. Assalamualaikum..boleh tnye utk snp tu kenapa awk murah yer? Sy aritu pemaju ckp 7k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti la azie kenapa mcm tu..harga rumah sama ke? 220K?

      Delete
  2. Bank akan call mintak bank statement tak? Suami punya takde masalah. Tp saya punya gaji dibayar cash dan takde epf. So mcmana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takde bank statement mungkin boleh bagi borang E yg penyata lhdn tu..utk kepastian cuba tanya dengan bank terus..

      Delete
  3. Salam nk tanye ada group wassup utk progress umah ni ke?

    ReplyDelete
  4. salam puan nak tanya..puan menggunakan skim perumahan belia BSN..perlukah peminjam sediakan 10% deposit dan jumlah tersebut dibayar balik setelah loan disburse?..boleh saya tahu tak rate berapa ya?..kami merancang nak apply juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam..tak perlu deposit 10% utk full loan. sy cuma bayar duit booking rumah je dulu 1K. rate sy x ingat pulak..yg bagusnya spb bagi rm200 monthly selama 2tahun support kita byr interest masa rumah dlm pembinaan ni..

      Delete