Tuesday, March 28, 2017

#JJCM Medan Ikan Bakar Sabak Awor


Aku tengah menggila makan seafood sekarang ni. Dah ayam kena ban, kena berpantang so seafood jela aku bedal. Entah kenapa seafood pulak yang ok kalau makan. Aku pun tak paham. Bila dah stop makan ayam, muka dah makin ok takde gatal2 lagi dah. Jerawat pun kurang tumbuh.

Bila berpantang ayam ni la boleh pulak keluar iklan McD ayam goreng krup krap tu. Haish menggiurkan betol!.Cooobaaan...

Antara udang dan sotong aku suka sotong lagi. Ni tengah taip pun kembang2 pipi aku menahan liur. Ko ada sampai gitu. Haha..

Teringat makan sotong goreng tepung paling sedap setakat ni la - Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Dekat dah dengan kampung mertua tapi selalu balik tak sempat pun singgah. Tambah pulak mak mertua masak sedap buat apa nak makan luar lagi kan.


Sabtu malam 20 Feb 2016, memang plan nak makan sotong goreng tepung di Wak Jos Sabak Awor. Hasben pernah makan situ dulu dengan kawan2 dia dan dia cakap sotong tepung paling sedap. So this time kebetulan balik Parit Jawa (kampung mertua) then ada masa la hasben mengajak ke sana.






Gerak lepas maghrib sampai sana pukul 9 camtu. Orang ramai betol. Tapi memang sentiasa ramai pun.

Kat sana ada banyak gerai, bole je duduk mana2 tapi kitorang pilih gerai no.7&8 (Gerai Wak Jos Ikan Bakar). Gerai ni paling famous. Tempat duduk agak full dalam pukul 8-10malam. Lepas 10 malam dah lengang sikit.

Mungkin sebab kitorang pegi Sabtu malam, esoknya Ahad kan Johor kerja. Macam kita kat KL la, malam Ahad tu paling best lepak.Walaupun ramai tapi parking okay la, open parking. Senang park.


Budak buat perangai nak makan pun susah. Dia taknak duduk, nak jalan2 melawat kawasan.

Order sotong goreng tepung dengan ikan cencaru bakar berlada. Air order jus epal untuk aku, jus oren untuk Adam dan hasben air sirap. Nasik putih 2 dan sup sayur. Itupun dah kenyang sangat.

Menunggu makanan sampai tak lama pun. Dia hanya datang kat kita ambil order air, nasik dengan sayur je. Untuk seafood kena pegi kaunter pilih sendiri nak makan ape dan dia akan timbang on the spot. Then mintak dia masak ikut selera kita.

Pilihan untuk ikan - bakar berlada, bakar kosong, stim, 3 rasa.
Pilihan untuk sotong/udang/ketam - goreng tepung, goreng kunyit dan lain-lain lagi.

Harga seafood termasuk caj masak sekali. Jangan risau harga memang murah dan berpatutan ok. Semua yang macam kitorang order tu tak sampai RM20 pun. Murah, banyak dan sedap! Yes, itu yang aku suka. Hehe..

Habis makan pukul 10 lebih, jalan-jalan tengok diorang jual macam2 kat situ. Banyak mainan je tu yang tak senang duduk budak tu.

Rate makanan situ aku bagi 9/10 * . Sebab view cantik, tepi laut. Ok nak sambung terliur jap.










No comments:

Post a Comment