Tuesday, October 10, 2017

Mee Udang Berasap Man D'Lepai

Ada ke yang tak suka seafood, cer angkat tangan? Aku rasa semua orang suka. Walaupun boleh mengundang gout tapi keenakan dia memang takleh lawan.

Nak cerita mee udang paling sedap setakat ni aku penah try. Masa balik Kedah raya puasa haritu, kitorang singgah sebelum balik KL. Recommended by adik aku, Iman.

Semua ada kecuali adik ipar aku Syifa (wife adik Nazmi) dan anak dia, Firas. Rumah Syifa nak buat kenduri kawen akak dia so busy tak join kitorang. Masa ni pukul 1 pagi melantak mee udang. Aku pikir masuk kete je nanti nak membuta. Kahkah.



Lek lek tunggu makanan sampai. Si Adam tu duduk kemain jauh dari makpak dia. Sekali air sirap dia sampai sempat minum seteguk terus tumpah lencun habes baju seluar. Belum makan dah lencun. Nasib la baju dia asing beg, kalau sekali beg kitorang jenuh nak memunggah luggage tu. 

Gambar Google. 

Gambar berasap takde jadi gambar google je ada. Tepek kat sini dulu nak tunjuk kehebatan asap dia. Berdesing telinga lalu kat tepi ni. Yang pakai spek mata harap bertabah, dia punya kabus tu lepas 24jam baru hilang. Haha. 

Adik aku keje menyakat Adam je. Dok panggil2 Adam mana ni hilang tenggelam dalam asap. 

Makanan sampai je semua senyap. Menikmati makanan kannn... Adam je tak makan mee udang, dia punya mee goreng. Lepas dah salin baju tau pulak nak dok sebelah mak dia ni. 




So far aku rasa ni sedap berbanding mee udang Ayu kat Penang tu. Kesedapan mee udang ni bergantung kat kuah dia. Udang semua sama. Tu je.

Jemput la try kalau singgah Aloq Staq. Hehe.

No comments:

Post a Comment