Monday, October 16, 2017

Proses beli rumah pertama dengan pemaju


Terima kasih sudi baca tulisan perjalanan aku beli rumah baru (Rumah Selangorku). Ada yang tanya dah baca pun masih tak faham proses sebenar beli rumah macam ni. Ok this entry pendek saje sebab aku akan buat point dan link ke entry penuh aku buat sebelum ni supaya mudah faham. 

Sedikit selingan pasal progress payment

Bulan 5 tahun depan genapla 2 tahun membayar progress rumah. Lepas loan dah approved dulu, rumah start dibina dan ada progress payment sehingga rumah siap.

Progress payment ni setiap kali pemaju claim dengan bank, dia akan hantar surat kepada bank dan cc kepada aku untuk maklumkan berapa percent sudah progress rumah dibina. Then dari amount claim pemaju tu ada percentage yang kena bayar. Itulah dipanggil progress payment. 

Aku apply loan dengan BSN dapat bantuan kerajaan RM200 sebulan untuk kurangkan bayaran progress tersebut. Contohnya, total bayaran progress bulanan sepatutnya RM700 jadi perlu bayar RM500 sahaja sebab dah tolak RM200 tersebut. 

Bila rumah dah siap dan dapat sijil layak menduduki barulah kita kena bayar full monthly installment seperti dalam agreement. 


Proses Membeli Rumah Pertama Dengan Pemaju (Rumah Selangorku) 


  1. Pilih rumah ikut kemampuan bukan kehendak. Ukur baju di badan sendiri. KLIK SINI
  2. Penawaran Rumah Selangorku. KLIK SINI
  3. Permohonan loan bank. KLIK SINI
  4. Bayar lawyer fee (Lawyer pemaju & Lawyer bank). KLIK SINI
  5. Bayar progress rumah (dalam pembinaan). KLIK SINI
  6. Tunggu rumah siap dan bayar full monthly installment. Expected November 2018.


Itu sahaja step by step beli rumah pertama dengan pemaju. Untuk kes aku ada tambahan satu step pada awal tu sebab beli rumah under Selangorku kena dapat penawaran dari LPHS (Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor).



No comments:

Post a Comment