Thursday, November 2, 2017

Sembang Anak Beranak.

Semalam lepas maghrib, berbual bual dengan Adam dan hasben. Macam biasa aku suka jadikan rutin untuk berbual sekejap dengan diorang walau badan penat sekalipun. Tak kisah la cerita pasal apa pun asalkan berbual.

Adam macam biasa akan cerita hal kat tadika, hal kat rumah pengasuh, hal mainan dia dan apa2 la yang dia nak cerita. Hasben pulak memang takkan cerita pasal kerja sebab dia taknak bawak hal office ke rumah. Itu stail dia. Biar habes kat office saje. Apa yang selalu dia cerita hal gadget, hal games takpun hal family. Stail aku pulak melangkah keluar office tak sampai 10 langkah aku dah membebel dengan dia stress apa yang dah lalui haritu. Haha. 

Antara intipati cerita berbual semalam; aku nak berbowling dengan kawan2 office.

Ummi : Kawan office ummi ajak main bowling minggu depan. Adam nak ikut ke? Atau nak duduk dengan daddy?
Adam : Ummi wakil Sukan SEA ke?
(Kembang kempis hidung laki bini menahan gelak)
Ummi : Takla, ni wakil office je. Nak ikut tak?
Adam : Nak ikut la ummi. Daddy takpe dah besar boleh jaga diri, Adam kecik lagi kan ummi.
( Tak boleh tahan terus tergelak besar)
Ummi : Yela tu. So nak ikut la ni. Nanti jangan buat perangai pulak.
Adam : Ok ummi, Adam kan good boy.


Hasben aku okay je. Tak nak pulak dia mengikut ke sana. i tak kisah asalkan u hantar and amik kitorang ye. Hihi..  



No comments:

Post a Comment