Tuesday, December 5, 2017

Daging yang sudah diproses adalah punca kanser




Dah ada kajian yang membuktikan daging yang sudah diproses adalah punca kanser. Terkejut aku masa baca ni kat satu page Facebook. Root Of Science. 

Nak baca artikel penuh boleh visit link ni >>> daging-yang-sudah-diproses-adalah-punca-kanser


Antara kandungan dalam artikel tersebut : 


"Berapa banyakkah daging yang boleh dimakan dalam sehari?
Ini adalah soalan yang susah untuk dijawab kerana kajian sebelum ini tidak memberi konklusi berapa banyak daging yang boleh dimakan. Apa yang boleh dikatakan adalah mereka yang mengurangkan pengambilan daging merah dan daging terproses mempunyai risiko yang kurang untuk terkena kanser.
Oleh itu, jika anda seorang yang mengamalkan diet yang mempunyai banyak daging dan ingin mengelakkan kanser, anda mungkin perlu fikir untuk mengurangkan kuantiti daging tersebut. Anda juga boleh menukarkan daging tersebut dengan daging ‘putih’ seperti ayam dan ikan. Seperti yang kami katakan di atas, tiada kajian yang menunjukkan pengambilan ayam dan ikan menjadi penyebab kepada kanser.
Jadi nasihat kami di sini
1) Lebihkan pengambilan sayur dan buah-buahan
2) Kurangkan pengambilan daging merah terutamanya DAGING TERPROSES
3) Ambillah secara sederhana

Jika pengambilan sederhana, badan akan sihat dan akan mengelakkan diri kita daripada terkena kanser.
Kecuali merokok. Merokok memang tidak baik untuk anda walaupun pada kuantiti yang sedikit. "


No comments:

Post a Comment