Friday, February 23, 2018

Resort tepi pantai

Bulan lepas, 27 Jan 2018 sempat bermalam di The Grand Beach Resort, Port Dickson.
Hasben la ni seminggu sebelum tu suruh aku booking hotel tepi pantai nak rehat santai2.
Eh dia tau tak kalau booking seminggu sebelum atau dekat2 date check in mesti mahal benor harganya.
Pulak tu nak room bajet below RM200 per night. Ingat senang ke nak cari.

Aku pun bukak booking.com macam biasa.
Aku memang akan selalu masuk link ni je terus sebab dah install app dalam henfon.
Malas nak kelebek link lain. Tengok harga - RM162 takde breakfast. Superior country room.

Masuk website TGBR sendiri eh ada best deal price - RM165 include breakfast for 2 person.
Bilik yang sama. Hotel yang sama. Eh tu iklan Trivago.
Okay sangat la kan. Then terus booking by whatsapp. Senang.
Maklum la jenis takde kredit kad ni payah sikit nak main book je.
Kitorang biasa book pakai debit kad then bila check in nanti baru bayar.

Sampai sana awal 1.30pm. Jalan2 sekitar hotel dulu. Pastu pegi makan kat Teluk Kemang.
Aku makan laksa dengan coconut shake. Hasben minum teh tarik, Adam order air kelapa.
Makanan tu boleh la lepas tekak. Harga pun okay jugak.


Lobi hotel  menunggu check in


Tinjau pantai.

Lega malam tu Adam tido sorang. Kehkeh. Dia ni dah besar gajah masih tido dengan makpak tau. Rimas ai.
Sabar tunggu pindah rumah baru akan ku paksa dia tido bilik sendiri.
Mak nak 'honeymoon' dengan bapak pun tak boleh tau.


Wardrobe and mini pantry. 

Siap bagi waktu solat dan sejadah. Page yang ada waktu solat aku tak snap. Baru ingat nak pakai table runner je buat alas sekali tengok ada sejadah dalam drawer. I likeeee.


Mak berselfie adalah kebiasaan. Yang luar biasa adalah bila gambar mak penuh sampai tutup background tu. Kehkeh.


Gambar bilik air tak ambik pun. Ada bath tub so tempat shower jadi sempit sikit. So far bilik air sangat memuaskan. Bersih dan selesa. Cuma paip shower tu agak ketat sikit nak buka.

Sampai bilik terus baring2..layan tv. Adam dah tak senang duduk mengajak mandi kolam.
Ikutkan nak turun pukul 5 tapi tak nyempat ko. Empat lebih dah selamat berendam.

Kolam dewasa. 

Kolam budak2. 




So far kolam dia bersih dan air pun takde bau klorin. Besar pun besar. Takde la sesak sangat kalau berendam ramai2 situ.

Pemandangan petang. 


Lepas maghrib, terus siap2 pegi makan. Perut masing2 dah berkriuk kriuk.
Dinner kitorang masih kat teluk kemang. Haha. Malas nak pikir tempat lain lagipun dah malam hasben (dan aku) jenis rabun malam tak gigih nak tengok jalan.
Makan nasi putih, kerang bakar (sepinggan RM5), sup ayam, telur dadar dan air buah.
Harga tak sampai RM20 untuk 3 orang makan.

Balik dinner, menyinggah cafe hotel kejap. Mengeteh dulu.
Ingat nak minum je sekali terpandang mushroom sup. Sedap la jugak. Creamy sangat ai memang suka.

Cappucino for me. Hasben wajibla teh tarik. 

Day 2.
Masing2 liat nak bangun. Sedap tido. Turun breakfast pukul 8 ingatkan dah ramai orang.
Sekali kitorang yang paling awal. Ni kalau kat Glory memang takde tempat ni.
Biasa pukul 7 orang dah start breakfast.
Cari port tepi sekali pemandangan cantik.




1st round. Puding roti-mashed potato (aku). Nasi tomato-ayam masak merah-red beans (hasben). Pancake stoberi-cereal susu (adam). 

2nd round. Bihun sup haha. Ada lagi aku makan tak ingat dah. Rasanya puding roti tu aku repeat 3x kot. Kahkah. Sedap la. 


Adam : Boleh kot makan pakai ni?

Hehe tak boleh rupanyaaa...

Lepas breakfast turun mandi kolam dan mandi pantai lagi. Sebelum check out.






Bapaknya kat tengah laut berendam. Mak santai tepi pantai je. 




Hasben gelakkan aku dok melayan ombak. Bior lerrr..

Pukul 11 naik bilik bersiap nak check out.
Tak puas berendam laut. Cukup la dulu percutian singkat 2H1M.



Si Adam ni memang kalau bergambar buat gaya pelik je. Berangin jugak aku yela tak pasal rosak gambar mak tau tak.



Love,



No comments:

Post a Comment