Friday, March 16, 2018

Jangan dikecam si ibu


Berita yang viral baru2 ni >>> ibu-minta-maaf-sayang-ibu-terlupa

Allah..tengok komen2 kat Facebook semalam luluh hati ni. Geram pun ada.
Tak kena kat kita tak rasa la apa yang ibu tu rasa.
Aku yakin sangat mana ada ibu yang sengaja nak tinggal anak dia macam tu je hingga sebabkan kematian.
Doakan yang baik2 semoga keluarga tu tabah.
Ujian untuk diorang, entah ape pulak ujian untuk kita.

Kita ni sedangkan rutin harian yang memang biasa buat tu pun ada je yang terlupa.
Nak pulak lepas ada anak ni menjadi-jadi pulak pelupa tu. Haha.

Penat kerja walaupun kerja ofis tapi tak boleh nak elak dari berfikir hal kerja.
Balik kerja kat rumah sambil santai2 tercerita la pulak kat hasben pasal hal ofis tapi dia terus stop kan aku dari bercerita.
Katanya jangan start bercerita nanti sendiri yang stress.
Keluar pintu pagar ofis tinggalkan segala hal ofis jangan dibawa balik sekali.
Tu pesan dia.
Tapi dah nama perempuan kan, aku bercerita jugak kadang tu.
Dia jadi pendengar saje pun aku dah okay, asalkan dapat meluah.

Pernah sekali tu nak pegi simpan makanan dalam peti ais ni, sekali nampak kunci rumah kat atas meja makan (sebelah peti ais) dalam kepala pikir nak ambik kunci letak dalam handbag takut tertinggal nanti tapi tau apa aku buat.
Kunci letak dalam peti ais, makanan yang nak letak dalam peti ais aku tinggal atas meja makan. Sudahnya bangun pagi esok cari kunci rumah tengok2 ada dalam peti ais.
Makanan dah basi gitu je atas meja.

Nak kencing pun kadang boleh lupa. 
Dalam perjalanan nak ke toilet tu aku nampak benda lain buat dulu benda tu sudahnya aku lupa yang sebenarnya mula2 tadi aku nak pegi kencing. Giler betoi.

Ada lagi kisah pelupa aku.
Nak pegi dapur masak spageti untuk anak. Lalu ke dapur ternampak bakul baju.
Ada pulak baju uniform Adam (warna putih) ada kesan kotor banyak dari biasa, aku ambik rendam dulu. Nanti2 basuh pun takpe.
Lepas dah rendam, aku pegi ke ruang tamu balik duduk di sofa tengok tv menggoyang kaki.
Lama jugak la dalam 15 minit.
Si Adam tegur sebab baru perasan maknya ni macam tak masak pun untuk dia.
Allah.. apa nak jadi la mak ko ni Adam oiii! Lupa sungguh.
Bersantai tengok tv macam takde apa nak dibuat.

Bila dah kerap pelupa ni, benda-benda kecik pun aku akan cakap dengan hasben.
Contohnya, nak kena bayar yuran tadika. Selalu hasben yang hantar Adam ke rumah pengasuh jadinya dia akan bagi duit yuran kat pengasuh la.
Malam sebelum tu dah cakap dengan hasben esok ingat bayar yuran Adam, dekat Adam pun aku cakap sekali. Nanti ingatkan daddy bagi duit yuran kat ibu ye.
Tengok nak bayar yuran pun boleh terlupa kalau tak peringat.

Aku pulak jenis kalut. Kalau boleh semua benda nak siapkan time2 tu. 
Mana la boleh. Tangan dua je. Takyah nak perfect sangat. 
Hasben ada sama2 tolong tapi tak semua la dia pandai buat. 
Balik keje, rutin harian dia angkat baju dah kering, basuh baju, sidai baju.
Aku pulak simpan baju dan lipat baju pastu kalau rajin masak dan kemas dapur, basuh pinggan. 
Itupun dah penatttt sangat. 

Bila hasben kena kursus atau outstation dia dah risau boleh ke aku handle rutin harian sorang2.
Nak hantar Adam ke pengasuh nak ke ofis sendiri lagi.
Aku okay je padahal risau jugak.

Kita ni dalam kepala (tak kisahla yang bekerja atau suri rumah sekali pun) banyak benda kita pikir. Japgi nak buat itu buat ini siapkan itu siapkan ini.
Bagi aku penting ada planner atau buku nota kecik untuk tulis 'To Do List' sebagai peringatan.
Apa yang nak buat esok pun dah list siap2 kat buku nota.
Esok datang kerja dah tahu apa nak dibuat.

Belum lagi part nak makan apa nak masak apa. Ya ampun susahnya soalan tu..

Faktor stress juga penyebab jadi pelupa. 
Kebanyakan yang dok mengata dok membawang tu bukan apa. 
Jenis ni tangan lagi laju dari otak berfikir. Yang penting aku dah komen. 
Orang nak cakap apapun cakap la.

Tak payah la korang nak mengata orang yang buat silap ni.
Kita sendiri pun ada buat silap.
Mana ada orang tak pernah buat kesilapan. Benda dah jadi.
Kita ambik jadi pengajaran untuk diri sendiri jela.


Love,


No comments:

Post a Comment